Website Makanan dan Resep Memasak

Nasi Goreng Cina Yang Sedap

Leave a Comment

Mau dapatkan duit hingga 50 juta? klik di sini atau  di gambar
 nasi goreng cina

Saya menyediakan nasi goreng ini dah agak malam. Walaupun gambarnya tidak nampak menawan tapi rasa nasi gorengnya memang sedap. Saya melihat cara penyediaan nasi goreng ini dalam youtube seorang selebriti. Terpesona dengan kepetahannya bercerita sambil menggoreng nasi menyebabkan saya melihatnya sehingga selesai. Sebenarnya bahan yang digunakan hampir sama sahaja dengan bahan yang biasa kita gunakan. Cuma tekniknya yang mungkin sedikit berbeza seperti telur digoreng garing sebelum dimasukkan nasi. Sebelum ini saya biarkan separuh masak, dan terus masukkan nasi supaya telur bersalut dengan nasi goreng.

Kalau ada yang nak mencuba bolehlah tengok resepi di bawah. Seperti biasa lah memasak ni, tak perlu sukatan bahan yang tepat. Semua boleh main agak agak, kalau rasa tak cukup, boleh jer campak lagi. Lagi banyak rencah yang digunakan, lagi lah sedap. Jom kita tengok resepinya di bawah ini..

Nasi Goreng Mentega 
Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
1 - 2 sudu besar mentega
Minyak masak
Minyak bijan
3 - 4 ulas bawang putih - tumbuk
4 ulas bawang merah - hiris
Isi ayam - potong kecil
Udang secukupnya
1 sudu besar lada sulah - tumbuk
2 biji telur

Bahan Sayuran:
Karot - potong dadu
Cili padi - hiris
Sayur kubis - hiris panjang
Daun bawang - hiris halus

Cara cara:
Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.

Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.

Masukkan pula udang, cili padi dan  lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.

Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi. 

Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.





Next PostNewer Post Home

0 comments:

Post a Comment